Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Bentong (MPBentong) Disember 2017

  • Location:
  • Salary:
    RM1,200 - RM3,800 / month
  • Job type:
    Full-Time
  • Posted:
    2 months ago
  • Category:
    Government Jobs
  • Deadline:
    22 December 2017
  • Languages:
    Malay
  • Gender:
    Male, Female

Jawatan kosong terkini di Majlis Perbandaran Bentong (MPBentong) Disember 2017. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia (keutamaan diberikan kepada rakyat Negeri Pahang) yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Majlis Perbandaran Bentong (MPBentong) sebagai :

1. Pegawai Tadbir, Gred N41 (3 kekosongan)
2. Arkitek Landskap, Gred J41 (1 kekosongan)
3. Pegawai Kesihatan Persekitaran , Gred U41 (1 kekosongan)
4. Penolong Jurutera, Gred JA29 (6 kekosongan)
5. Penolong Pegawai Tadbir, Gred N29 (2 kekosongan)
6. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi), Gred N19 (7 kekosongan)

CARA-CARA MEMOHON

  1. Semua permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan Jawatan Majlis Perbandaran Bentong dengan bayaran RM1.05 ( termasuk 6% GST ) yang boleh didapati di Jabatan Khidmat Pengurusan, Pejabat Majlis Perbandaran Bentong, Jalan Ketari, 28700 Bentong, Pahang Darul Makmur atau dengan memuat turun pada link muat turun Borang Permohonan dibawah.
  2. Tiap-tiap permohonan hendaklah disertakan dengan salinan (fotostat) sijil kelahiran, sijil persekolahan, salinan kad pengenalan yang telah disahkan oleh Pegawai Kerajaan dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan gambar asal berukuran 5 x 4 sm. Borang permohonan yang tidak lengkap diisi akan ditolak.
  3. Pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am Bab A Perenggan 18.

Tarikh tutup permohonan pada : 22 Disember 2017

Semua permohonan hendaklah di alamatkan kepada :

Yang Dipertua,
Majlis Perbandaran Bentong,
Jalan Ketari,
28700 Bentong,
PAHANG DARUL MAKMUR

Muat turun iklan jawatan dan borang permohonan disini (pdf)

location

This job has expired. Save job